Suamiku Encik Sotong
Suamiku Encik Sotong - Bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria & Astro Maya HD, Suamiku
Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan
gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock
sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya,
dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.
Walaupun
hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam
hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala
Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya,
Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan
bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish
terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah
Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak
Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva
berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh
perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka
berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan
hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus
bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki
biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak
mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi
sampai bila?
Saksikan Drama Suamiku Encik Sotong.
|
Labels: Sinopsis